بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ assalamualaikum.. Ahlan-Wa-Sahlan..

HIDAYAH



Assalamualaikum.. hye2, anyeongggg.. Post kali ni aku nak story sikit tentang HIDAYAH.. bukan 'someone' ok.. tapi "petunjuk daripada Allah"..

Actually, aku bukan lah seorang yang bagus dan tidak pula petah berbicara dalam hal agama.. tapi mana tau kan kalau Allah jentik hati sapa2 yang baca post aku.. mudah mudahan dapat hidayah daripada Allah, aamiin..

Aku sebenarnya seorang yang jahil dahulu, sekarang pun masih jahil tapi dah keluar daripada zaman jahiliah yang dulu.. Aku pun sama macam remaja2 lain, inginkan berhias, nak nampak cantik, nak ada 'someone special', nak jadi tarikan dekat lelaki.. tapi itu dulu.. benarlah kata orang, jangan hina seseorang, boleh jadi dia lebih baik daripada kita dimasa hadapan..

Ok, aku tak tau berapa banyak kali Allah bagi hidayah kat aku, tapi sejak kecik lagi aku dah nak dekat dengan agama.. tak bangga, tapi mungkin ilham daripada Allah.. masa aku umur 7 atau 8 tahun, aku da mula pakai tudung tapi kadang2 tak pakai jugak.. Ada satu hari, masa ayah aku bawak aku dan adik aku pergi kedai gunting rambut, ada 'uncle' tu suruh aku gunting rambut jugak.. masa aku pergi kedai tu aju pakai tudung.. Aku cakap aku tak nak gunting, tapi 'uncle' dengan ayah aku pujuk jugak.. 'uncle' tu cakap kalau aku gunting rambut, ayah aku tak payah bayar duit gunting rambut ayah aku dengan adik aku.. banyak kali deorang pujuk, aku tetap dengan pendirian aku.. Last sekali, 'uncle' tu pun stop pujuk aku lepas ayah aku cakap "tak payah la, dye tak nak".. then ayah aku bayar duit gunting rambut tu.. memang kena 'sembur' jugak la dengan ayat2 'manis' tu..

Yang kedua, aku start pakai seluar walaupun pakai kain.. sebab dulu aku pergi sekolah naik basikal.. jadi, kain tu paham2 la.. kawan aku pun bagi la nasihat suruh pakai seluar.. Alhamdulillah, selesa je dan aurat pun terjaga..

Yang ketiga, aku mula teringin nak tutup aurat masa aku dah naik tingkatan.. pernah jugak pakai handsock, stokin dan tudung sekolah yang agak labuh.. tapi tak istiqamah lagi.. kejap pakai kejap tak.. dan, ada jugak aku 'berkawan' dengan beberapa orang lelaki..

Ok, pasal 'berkawan' dengan lelaki, kalau deorang ajak keluar atau jalan sama2, aku masih nak jaga jarak, jaga batas, tak nak ada bersentuhan, nak keluar ramai2.. tapi zina hati time tu, memang tak payah nak citer la.. teruk sangat masa tu..

Yang keempat, aku mula terdetik ataupun berniat nak berubah.. masa tu aku pergi pasar, tiba2 seorang hamba Allah yang menutup aurat sepenuhnye, bertudung labuh, lalu sebelah aku.. masa tu aku rasa malu sangat2 dengan pakaian aku, penampilan aku.. dan aku pun berniat nak berubah.. ada jugak aku beli tudung labuh, tapi masa tu hati aku belum kuat.. pernah jugak aku labuhkan tudung, tapi ada yang perli dengan pakaian aku tu.. dan aku kembali ke pakaian aku yang asal..

Yang kelima, aku nekad nak berubah bila aku masuk politeknik.. Aku pernah niat, kalau aku masuk mana2 IPTA, aku nak berubah.. masa sem satu, aku start istiqamah pakai stokin.. lepas tu istiqamah pakai handsock.. lepas tu istiqamah labuhkan tudung.. lepas tu tengok tudung kangaroo tu jarang, istiqamah pakai tudung sriya sebagai inner neck.. akhir sekali aku nekad jadi GTL (geng tudung labuh).. Alhamdulillah..

Memang tak mudah orang nak terima kita daripada bertudung labuh ke tudung biasa.. aku pun macam tu.. risau pandangan mak ayah, risau pandangan adik beradik, risau pandangan kawan2 dan risau pandangan masyarakat.. Kata2 perli tu memang ada, ustazah la, bajet alim la, itu la ini la.. tapi pikir balik, kita berubah kerana siapa, untuk siapa.. kalau kita berubah demi manusia, boleh jadi perubahan kita tu tak kekal.. bila kita berubah kerana Allah, in shaa Allah, Allah bagi kekuatan dalam diri kita untuk hadapi tomahan orang.. yang penting dekatkan diri kita dengan Allah, tanpa Allah kita buka siapa2, tanpa Allah, hidup ni tak akan bermakna.. utamakan Allah dalam apa jua yang kita buat.. in shaa Allah, Allah bantu kita..

Perubahan tu tak perlu secara drastic atau secara mengejut.. hari ni bertudung singkat, esok trus berpurdah.. boleh, tapi terus istiqamah.. kalau macam aku, aku lebih suka istiqamah satu2 perubahan tu dulu, baru aku istiqamah untuk berubah yang lain pulak.. kalau kita dapat rasa nikmat hidayah yang Allah bagi tu, Allah.. tak tergambar rasanya perasaan malu atas dosa2 lalu, perasaan syukur sebab dipilih Allah untuk rasa hidayah Allah tu, perasaan sebak sebab rasa diri ni tak layak tinggal di bumi ini dek kerana dosa yang terlampau banyak.. hanya orang2 yang merasai hidayah Allah je tahu bagaimana rasanya nikmat tu.. Sometimes ada orang tanya, "tak panas ke pakai handsock, pakai tudung labuh, baju longgar ni?" Sejujurnya aku lebih selesa berpakaian macam tu dan tak rasa panas pun.. sikit tu ada la, tapi keselesaan tu buat panas tu hilang.. even orang yang free hair pun rasa panas tapi aku kurang la rasa panas tu.. Alhamdulillah.. cuba istiqamah, in shaa Allah rasa selesa je bila menutup aurat tu, rasa terjaga je..

* jangan menilai seseorang melalui masa lalunya, tapi nilai lah daripada dirinya yang sekarang.. niat lah dalam hati dengan perasaan yang bersungguh-sungguh untuk berubah, in shaa Allah, Allah permudahkan.. *